Hari Raya Open House di Perantauan.
Bila sebut pasal hari raya pastinya hari untuk kita bertemu dan bermaaf-maaffan sesama kita,adik beradik,sanak saudara,sahabat handai dan kesemuanya.
Bila raya mesti meriah dengan suasana kegembiraan di setiap raut wajah,tapi ada juga yang sedih mungkin mengenangkan insan yang tersayang telah di jemput oleh Allah swt. Tapi rata-ratanya memang hari kegembiraan walaupun ada terselit kesedihan.
Ok dah-dah tak perlu sedih-sedih kat sini kita nak cerita bab rumah terbuka..Yeayyy bermula dari hari pertama raya hinggalah sebulan raya pun pasti ada yang buat rumah terbuka.
Jemputan yang sering kita dapat di hari raya. |
Sudah menjadi simonim dalam masyarakat kita untuk kunjung mengunjung serta ziarah menziarahi ini..Di smping itu adalah sekali makan-makannya.
Tidak terlepaslah kan dari makan bila sebut rumah terbuka aidilfitri..Tak kira di mana jua anda beraya di tanah air mahupun di perantauan adat rumah terbuka ini pasti ada.
Jom kita intai apa yang selalu di hidangkan bilamana majlis rumah terbuka ini diadakan.
Pulut hidangan wajib. |
Pulut ni kalau macam ni kita panggil lemang..Versi tradisional guna buluh pastu letak tepi api bagi dia masak,memang sedaplah aroma daun pisang dengan buluh tu fuhhh nikmat,ada juga lemang tepung..Tapi sekarang ni moden sudah dipelbagaikan cara untuk masakknya.Lemang kesukaan ramai.
Ketupat dan rendang. |
Ketupat juga berasaskan pulut..Sama macam lemang tadi juga cuma ia dalam daun..Pelbagai jenis ketupat yang ada..Paling top adalah ketupat palas..Tapi lain negeri lain juga ketupatnya.Tapi dalam dia tetap sama pulut juga.Tak lengkap rasanya raya tanpa ketupat.Salah satu lambang kita berhari hari raya.
Sangat meriah kalau sebut pasal open house raya kan,ok kalau ada lemang dan juga ketupat mestilah ada juga pasangannya,apakah itu?
Taraaaa inilah dia antara:
Rendang hijau. Rendang hijau ini nak buat isinya tu guna ayam pun boleh,daging pun boleh bahkan itik pun boleh juga..Rendang juga memainkan peranan penting untuk menyedapkan ketupat dan lemang tadi.Ada yang tak pernah cuba rendang hijau ni? Cubalah sekali pasti nak buat lagi. |
Rendang Merah. |
Rendang merah ni sangat popularlah dirata-rata negeri.Sama sahaja cumanya beza warna.Nak buat guna ayam,daging atau itik pun boleh..Ngam sangat bila menjadi pencicah untuk lemak atau ketupat kita tadi..Open house tak ada rendang tak lengkaplah kan..Mesti ramai yang terer buat rendang merah ni kan..Simple tapi sedap.
Serunding. |
Yang ketiga ni pula serunding.Jarang sikit nak jumpa orang makan pulut cicah serunding..Lagipun serunding ni nak hasilkannya tu makan masa,jadi tidak mustahillah sekilo sampai mencecah puluhan ringgit..Saya pernah dua kali buat sendiri,rasa macam nak tecabut tangan dok gaul dia atas dapur.Tapi seronok bila dapat hasilnya.Serunding ini boleh di buat menggunakan ikan,daging atau ayam.Bahan-bahan pun mudah sahaja tapi part memasak itu yang makan masa sebab nak betul-betul dia kering baru cantik.
Itu adalah antara yang wajib ada di bulan syawal,hari raya open house meriah kita kan..Tapi ada lagi jaudah-juadah lain juga haa apa lagi tuuu
Pelbagai jenis biskut raya. |
Serba satu tapi penuh pinggan. |
Kek juga tidak ketinggalan. |
Meriah suasana hari raya walaupun dimana anda berada.Juadah biskut raya ni ada yang buat ada yang beli tapi memang setiap kali raya pasti ada..Mana meriah kalau biskut raya tidak hadir sekali di hari raya,bahkan kalau ada open house memang lagi-lagi lah kena ada biskut raya.
Pengalaman sendiri hari raya pertama saya pergi lima buah rumah,hari kedua tujuh buah rumah,hari ketiga,tiga buah rumah..Walaupun saya beraya di perantauan tapi tetap meriah dengan kawan-kawan,jiran-jiran.Tradisi kunjung mengunjung tu tetap ada walaupun tiada pertalian darah tapi rasa macam akrib semuanya.
Orang kata raya sebulan..Adakah kita nak terus makan pelbagai makanan begini selama sebulan? Ingat balik masa puasa hari tu berat kita dah capai berapa? Tak kan kita nak kembalikan berat kita yang dulu semula..Pastinya semua orang tidak mahu..Jadi beringatlah setiap pengambilan makanan kita di bulan Syawal ini.
Maka sebelum makan fikir dahulu..Sekiranya terlajak nanti balik rumah detox balik diri,Saya amalkan shaklee,mudah detox dengan produknya sebab lengkap dalam satu set..Nama set tu Hello You. Set ni memang saya amalkan selalu supaya berat badan terkawal.Kalau naik pun tak naik banyak.Itulah kelebihan bilamana kita amalkan supplements yang betul..Next kita cita pasal set ni pula.Sekian dari saya.
Sebentar belum habis lagi,disamping itu juga saya kongsikan pengalaman kawan saya beraya di tempatnya.Bagaimana suasana hari raya open house yang dia pergi dan pengalaman beliau semasa disana.
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
Ulasan
Catat Ulasan