Motivasi/tazkirah Ringkas Adab Dengan Kedua Ibu Bapa.

 Assalamualaikum salam sejahtera..Semoga dalam keadaan sihat hendak-Nya..

-Konsep keibubapaan 

Kasih sayang adalah tunggak kepada ketengan hidup dalam keluarga.

Ibu bapa ialah orang yang rapat dengan anak-anak dan merupakan orang yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak hingga dewasa.

Pengorbanan ibu bapa sangat besar.Anak wajib taat kepada ibu bapa.

Dalil Al-Quran Maksudnya:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik pada ibu bapanya;ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahannya(dari awal mengandung hingga akhir menyusunya),dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah) kepada Aku jualah tempat kembali (untuk menerima balasan)

Kalau kita berbakti kepada ibu bapa;

1-Akan dapat ganjaran pahala dan ampunkan dosa.

2-Allah suka dan redha kepada orang yang berbakti kepada kedua ibu bapa.

Kita wajib berbakti kepada kedua ibu bapa kerana;

1-Amalan ini di tuntut Agama.

(walaupun kita bukan orang Islam sekali pun tapi adab dengan kedua ibu bapa ini sangat penting kerana mereka pun hadir dari kedua ibu bapa mereka juga,jadi wajib jaga adab dengan mereka)

-Untuk membalas jasa ibu bapa kita.

(walaupun kita tahu jasa mereka tidak terbalas tetapi kita usahakan lakukan yang terbaik untuk mereka selagi mereka masih ada)

-Supaya anak kita akan berbakti kepada kita juga.

(Anak kita akan melihat apa yang kita lakukan kepada kedua ibu bapa kita,kemudian hari dia pula akan buat benda yang sama pada kita) Buat baiklah selalu.

-Menjamin keutuhan sistem kekeluargaan.

(Hubungan yang harmoni antara anak dan ibu bapa)

-Antara tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.

(Seorang anak juga bertanggungjawab kepada kedua ibu bapanya)

-Berdoa dan memohon ampun kepada mereka.

(Selalulah mendoakan mereka,kesihatan yang baik,panjang umur,murah rezeki dan semua yang baik-baik kepada ibu bapa kita)

-Merendah diri dan menghormati mereka.

(Jangan sesekali meninggi suara dengan mereka)

-Berbakti kepada mereka pada bila-bila masa sahaja.

(Tolong ibu bapa contoh semasa mereka sakit,jaga dan uruskan mereka,sesekali hadiahkan mereka sesuatu yang mereka tidak sangka)

-Taat perintah mereka selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak.

(Buatlah apa yang ibu bapa mintak untuk kita buat selagi perkara itu tidak melanggar hukum dalam Agama kita)

2-ADAB PERCAKAPAN.

-Bercakap dengan hormat dan sopan.

-Merendahkan suara dihadapan kedua ibu bapa.

-Menumpukan perhatian ketika bercakap dengan mereka.

-Menunjukkan muka yang manis ketika berkomunikasi 

-Menggunakan bahasa yang baik ketika bercakap.

3-ADAB PERGAULAN.

-Berdiri untuk memberi hormat pada mereka.

-Jangan mengulur kaki kepada mereka ketika duduk.

-Mencium tangan mereka sebelum ke sekolah atau sebelum masuk tidur.

-Jangan nendahului mereka ketika menjamah makanan.

-Memberi hormat ketika bertemu mereka.

4-BERBAKTI SEMASA HIDUP.

-Menjaga mereka semasa tua dan sakit.

-Memberi nafkah kepada mereka walau mereka tidak pernah memintanya.

-Mendoakan kesejahteraan mereka.

-Selalu menziarahi mereka sekiranya kita tidak tinggal bersamanya.

5-BERBAKTI SEMASA MENINGGAL.

-Berbuat baik pada sahabat mereka.

-Membayar hutang mereka sekiranya masih ada.

-Melaksanakan wasiat mereka.

-Mendoakan keampunan untuk mereka.

*KESAN BERBAKTI KEPADA KEDUA IBU BAPA.

1-Mendapat keberkatan hidup.

2-Disayangi keluarga.

3-Mendapat ganjaran pahala.

4-Ikatan keluarga bertambah kukuh.

5-Mendapat balasan syurga di akhirat.

Untuk renungan bersama..

Banyak lagi sebenarnya untuk dikongsikan jadi anda boleh lihat perkongsian kawan saya juga untuk motivasi/tazkirah yang dikongsikan untuk kebaikkan dan manfaat bersama.

Apa jua latar berlakang kita serta Agama kita adab dengan ibu bapa kena jaga..Mereka mengandukan melahirkan menyusukan membesarkan,tidak terbalas jasa-jasa mereka.


Doa kedua ibu bapa.

Sentiasalah berdoa untuk ibu bapa kita..Moga Allah sentiasa melindungi mereka.


Sekian Salam semua

Asmahani Burhan

Distributor Shaklee Malaysia.

#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Testimoni Shaklee-Saya Guna Saya Dapat.

Percutian Shaklee Mewah Dan Enjoy.

Vitamin Untuk Wanita (Vitalize,Omega Guard,