Testimoni Shaklee-Saya Guna Saya Dapat.
Setuju atau tidak? |
Assalamualaikum salam sejahtera warga net sekalian..Ramai di kalangan kita yang ada masalah gemuk..Gemuk dari dulu hingga sekarang..Dulu kurus,sekarang gemuk..Macam-macam situasi kan.Kalau nak cerita bab testimoni saya dengan shaklee ni dua hari dua malam tak habis lagi..Tapi saya nak cerita satu sahaja,jom kita hayatinya..
Saya focus kepada perempuan..Rata-rata saya lihat perempuan ni kalau nak kan apa-apa mesti dapat..Tapi kalau dengan kurus ni nak juga,masih tak dapat-dapat lagi.Bagaimana tu??
Ada pantun gitu pulak. |
Saya pernah dengar kata-kata seorang cikgu diet ni,“tak apa kakak-kakak nak makan dulu makanlah nanti dah ready kita buat betul-betul,buat sampai jadi” saya setuju juga dengan kata-kata dia sebab kalau nak kurus ni setengah orang tak suka di paksa-paksa,ada yang nak santai-santai,ada yang betul-betul nak secepatnya..Kita manusia ni tak sama kan..
Jadi yang dah bersedia teruskan mula..Yang belum bersedia teruskan dengan lautan makanan anda..Saya dulu pun begitu sehingga saya bertemu dengan seorang kawan yang buat diet berjemaah dalam group whatsapp secara percuma.Namanya (DIET BERILMU).
Disitu saya belajar tentang ilmu kalori,ilmu detox,pentingnya air kisong dan banyak lagi tips-tips untuk amalan pemakanan seimbang dan juga senaman yang sesuai untuk diamalkan..Saya ni susah nak percaya akan supplement- supplement yang ada..Kalau orang cerita saya dengar tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri..Memang tak percaya!
Apa pun pasal supplement saya akan dengar tapi saya tak akan percaya..Itulah saya yang dulu..Bermula dengan poster vitamin c shaklee,saya jatuh hati dengan manfaat dan kebaikkannya..Saya pun tanya kawan saya,terbeli dan join membership shaklee sekali,nak harga murahkan..
Lama kelamaan saya jatuh hati dengan ESP,ALFALFA,LECITHIN, OMEGA GUARD,HERB LAX semua ni adalah supplements shaklee untuk turunkan berat badan..Bukan terus kurus tapi melengkapkan vitamin mineral dalam badan kita secara sihat dan lama kelamaan kurus pun dapat.Tapi dengan shaklee sahaja yang saya berkenan..Selain itu jangan harap nak try.
Pelan-pelan kumpul. |
Sebab dalam group diet berilmu tu ada slot detox..Kawan saya share cara detox dengan supplement shaklee..Tapi tiada sebarang paksaan untuk ambik supplement..Sebab nak detox tanpa supplenent pun boleh..
Bermula disitu saya rasa berminat dengan satu persatu ajent detox yang shaklee ada ni..Maka saya pun kumpul setiap bulan belilah satu atau dua jenis untuk detox..
Saya pernah detox masa tahun 2018 tak sempat nak masuk hari ketiga saya dah tumbang,keletihan,lesu,tak bermaya,tak bertenaga..Sedihkan..Sepatutnya detox ni kena buat seminggu terus tanpa culas-culas..Tapi belum masuk hari ketiga dah kecewa.
Jadi saya pun cubalah berdetox dengan supplement shaklee.Super power!! Niat sebenar saya ambil supplement untuk tenaga masa detox..Terbukti betul,betul dan betul BERKESAN..Tujuh hari/seminggu tanpa henti saya detox..Bahkan tahun lepas 2022 setiap bulan saya detox..Tujuh hari dalam setiap satu bulan..Selama sebelas bulan kecuali bulan empat sebab puasa.
Seminggu 5.4kg hilang |
5kg hilang |
Testimoni diri sendiri..Ramai yang berjaya turun berat badan dengan mudah tapi nak lalui proses tu perlu disiplin yang tinggi..Maklumlah kita duduk di bumi dan didalamnya ada negara bernama Malaysia..Syurga makanan pulak tu..jadi kalau betul-betul nekad pejamkan mata pekakkan telinga demi kesihatan yang lebih baik.
Badan berisi memang comelkan..Tapi ingat berisi ni kalau di biarkan akan mendatangkan penyakit-penyakit kronik buah pinggang,jantung,kencing manis,hati tak sihat dan banyak lagi..Tapi bukan saya nak katakan kurus itu tidak berpenyakit sekurang kurangnya bila kurus ni jaranglah penyakit kronik menyinggah kecuali gaya hidupnya tidak sihat.
Bila kita guna sesuatu produk biar kita dahulu dapat hasil sebab boleh mempercayai orang yang melihat..Testimoni diri sendiri sangat penting.
Amat menyeramkan. Jangan biarkan diri anda dalam lingkungan obesiti..Sayangilah diri masing-masing.Cegah sebelum terlambat. |
Amalkan pemakanan seimbang. |
Ikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kita..Makan suku suku separuh..Nasi suku,lauk suku,sayuran separuh..Jangan terbalikkan pulak..Nasi setengah,sayur dengan lauk suku-suku..Memang tak kurus-kuruslah.
Ada antara kita yang makan mengalahkan membela tapi badan maintain gitu sahaja..Pasti geram kan..Kita yang punya berhati-hati ni terlebih sikit ja badan dah macam belon..Sebabnya metabolisma badan kita tak sama dengan orang lain..Jadi kita kena berhati-hati dalam pengambilan kalori setiap hari.Hanya kita sahaja yang kenal badan kita.Buat experimen pada badan sendiri.
Hujung Tahun 2022 Hujung tahun 2022 berat naik semula sebab tak jaga makan banyak sangat event hujung tahun..Kerja potluck dan makan-makan..Seksa betul..Rasa baju ketat sikit,cincin pun sudah bertukar jari,dari jari tengah ke jari manis..Masa ni 74kg,sedih tengok badan sendiri..Tapi saya tak putus asa.
Saya kongsikan ini bukan untuk bangga belagak,TIDAK SAMA SEKALI,tujuan saya adalah nak ajak anda berubah sama-sama untuk kesihatan yang lebih baik..Sihat dahulu kurus tu bakal hadir. Bila kurus ringan badan mudah untuk beribadat,mudah nak bergerak,mudah segala bagailah..Tapi satu sahaja nasihat saya bila dah kurus janganlah berpakaian ketat sendat pulak,kang Allah bagi gemuk semula baru tahu..kih kih kih..Pakai longgar dan menutup aurat serta patuh garis panduan Agama Islam.
Jaga pemakanan..Senaman berkala dan supplement yang bagus dan baik..Tanpa supplement pun anda boleh kurus juga tapi lambat dan sekiranya anda kurus mungkin masalah lain akan hadir sebab nutrisi,vitamin dan mineral tidak cukup untuk badan kita..Rambut gugur,kulit kusam,ada part-part kulit menggeleber,mudah letih dan sebagainya. Jangan biarkan diri anda kurus tanpa nutrisi yang bagus.
|
Ulasan
Catat Ulasan