Petua Hilangkan Jeragat
Jeragat. |
Assalamualaikum salam sejahtera semua yang jenguk di blog saya ini..Ok pada para wanitalah selalunya yang paling kita takuti adalah “jeragat”
Apabila jeragat itu muncul,memang kita tidak mengundangnyakan..Sudah pasti kita akan memikirkan untuk mengatasi masalah jeragat ini kan? Adakah jeragat ini merbahaya? Jawapannya “tidak” Namun tidak dinafikan setiap orang akan megalami masalah jeragat ini
Terdapat lebih 3000 masalah kulit yang dapat dikesan oleh pakar dermatology dan semuanya boleh memberi kesan terhadap penampilan dan keyakinan diri seseorang individu.
Walaupun tidak berbahaya namun saya boleh rasakan masalah jeragat ini boleh mengganggu diri seseorang sehingga membuatnya binggung dalam memikirkan jalan penyelesaian untuk sembuh.
Oleh itu penjagaan kulit secara rutin dan konsisten sangatlah penting untuk kita semua mengekalkan kesihatan dan menjauhkan kulit daripada terjadinya sebarang masalah.
*APA ITU JERAGAT?
Banyak jenis. |
Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda dahi,pipi,hidung,dan kawasan sekitar mulut..Tompok jeragat selalunya lebih gelap dari warna kulit asal dan ia menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata.
Bagi mereka yang berkulit cerah,kebiasaannya tompok jeragat itu berearna coklat manakala mereka yang berkulit gelap pula akan mendapat tompok yang berwarna hitam.Kadangkala, saiz jeragat yang kecil ini akan kelama-lamaan membesar kemudiaanya bercantum dengan jeragat yang lain dan akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah anda.
Ini menyebabkan wajah anda kelihatan tidak menarik dan gelap..Ahh!! Seram.
2-PUNCA BERLAKUNYA JERAGAT.
*1:TERDEDAH KEPADA SINARAN MATAHARI
-Seperti yang kita semua ketahui sinaran matahari mengeluarkan sinaran ULTRVIOLET (UV) sinaran UV terdiri daripada 3 jenis:
i-ULTRAVIOLET A: cahaya ini adalah cahaya yang paling banyak dalam matahari,ia mampu menembusi lapisan kulit atas dengan mudah.Cahaya UV A akan menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu penyambung seterusnya menyebabkan masalah kulit-kulit serta punca terjadinya jeragat dan yang lebih teruk adalah kanser kulit.
ii-ULTRAVIOLET B: Cahaya ini kurang berbanding UV A kerana UV B kebanyakkannya telah diserap oleh lapisan ozon.Cahaya UV B ini akan menyebabkan kulit menjadi terbakar atau sunburn.
iii-ULTAVIOLET C: Cahaya ini merupakan yang paling berbahaya pada kulit.Tetapi jangan risau kerana cahaya ini tidak sampai ke bumi disebabkan diserap oleh lapisan ozon.
*2:PERUBAHAN HORMON/PERUBATAN HORMON.
-Pil perancang kehamilan merupakan salah satu punca terjadinya jeragat.Pengambilan pil ini amat diperkatakan punca terjadinya jeragat walaupun seseorang itu tidak mempunyai sejarah didalam keluarga mempunyai jeragat.
*3:PENGGUNAAN KOSMETIK.
-Penggunaan kosmetik yang merbahaya dan tidak sesuai dengan kulit akan menyebabkan kulit menjadi jeragat.Bahan-bahan terlarang yang digunakan boleh menyebabkan kerosakan kulit kepada pemakai.
Cari dan guna kosmetik yang organik,ada kajian dan tiada bahan-bahan kimia dan sebagainya.Sekiranya ada bahan terlarang kulit kita akan timbul masalah bilamana kita berhenti memakainya..Hati-hati dalam pemilihan kosmetik.
*3-FAKTOR KETURUNAN.
-Faktor genetik juga dipercayai menyumbang kepada masalah jeragat yang dihadapi oleh seseorang itu.
PETUA HILANGKAN JERAGAT SECARA TRADISIONAL.
1~PETUA HILANGKAN JERAGAT SECARA TRADISIONAL DENGAN LEMON.
Jus lemon mengandungi vitamin c dan asid sitrikyang sangat efektif untuk melawan masalah pigmentasi pada kulit.Ia bukan sahaja boleh memudarkan parut,jus lemon juga dapat mencerahkan kulit wajah.
Caranya cuba gunakan 2-3 sudu teh jus lemon dan sapukan diatas kawasan yang berjeragat.Biarkan selama 8-10 minit dan lakukannya 2 kali sehari untuk kesan yang lebih baik.
2~PETUA HILANGKAN JERAGAT SECARA TRADISIONAL DENGAN ALOEVERA.
Aloevera. |
Aloe vera merupakan taman yang dikenali dengan manfaatnya yang pelbagai untuk kesihatan kulit.Ia amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawan,ekzema dan selaran matahari.
Dalam masa yang sama aloevera juga memastikan kulit kekal hidrat..Aloevera mengandungi sejenis komponen yamg dikenali sebagai Aloesin yang efektif untuk pigmentasi kulit.Malah ia juga menjadi salah satu rawatan tradisional yang digunakan secara turun temurun untuk hilangkan jeragat.
Caranya adalah sapukan aloevera di kawasan berjeragat selama 15 minit,kemudian basuh dengan air sejuk,Lakukan setiap hari untuk keputusan yang lebih baik.
3~PETUA HILANGKAN JERAGAT SECARA TRADISIONAL ADALAH MENGGUNAKAN SERBUK KUNYIT.
Penggunaan kunyit salah satu cara tradisional untuk hilangkan jeragat.
Kajian menunjukkan bahawa curcumin yang terkandung dalam kunyit boleh mengurangkan penghasilan melanin dalam kulit yang menyebabkan jeragat.
Caranya adalah campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit kedalam jus lemon,Kemudian kacau-kacau hingga ia membentuk sebatian yang pekat.Sapukan pada kawasan yang diingini,Kemudian tunggu hingga kering dan basuh dengan air bersih.Lakukan seminggu sekali.
4-PETUA HILANGKAN JERAGAT SECARA TRADISIONAL GUNAKAN TEH HIJAU.
Teh hijau. |
Teh hijau bukan sahaja berkhasiat untuk diminum ia juga boleh menghilangkan jeragat pada wajah!.
Teh hijau ini mempunyai sifat antiradang yang dapat mengurangkan iritasi pada kulit,Malah ia juga mengurangkan kesan selaran cahaya dan merah pada kulit.
Tambah lagi,disebabkan sifat antiflamansinya ini,teh hijau amat berkesan untuk merawat masalah kulit,termasuk jeragat.
Caranya adalah rendam teh hijau dalam air suam selama beberapa minit,kemudian gunakan beg/uncang teh tersebut dan sapukan pada kawasan yang terjejas.
Air rendaman teh tadi boleh diminum..Bak kata pepatah “sambil menyelam minum air”
5-PETUA HILANG JERAGAT SECARA TRADISIONAL DENGAN MENGGUKAN SERBUK OAT.
Oat. |
Serbuk oat bukan sahaja bermanfaat untuk dijadikan masker,ia juga merupakan salah satu cara menghilangkan jeragat secara tradisional.
Caranya adalah campurkan sesudu oat bersama yogurt,madu dan jus lemon,Kemudian sapukan sebatian pada wajah anda.
Serbuk oat menyerap lebihan minyak pada wajah anda dan membantu mengurangkan jeragat.Malah sifatnya antiradang kandungan antioksidanya yang tinggi dapat membantu merawat masalah kulit dan membuang sel kulit mati.
Dia atas 5 petua cara hilangkan jeragat secara tradisional..Ini pula cara moden yang lebih mudah untuk di amalkan.
~PETUA CARA HILANGKAN JERAGAT CARA MODEN.
Pilih skincare yang bagus. |
Dijamin organik. |
Semua untuk sihatkan kulit. |
Cara penggunaanya. |
Testimoni kulit berjeragat guna youth dan vitamin c
shaklee.
Testimoni kulit berjeragat. |
Testimoni kulit berjeragat. |
Untuk jerawat pun boleh. |
Jadi sekarang ini memandangkan ramai yang berkerjaya,mungkin petua-petua tradisional ini untuk hilangkan jeragat itu mengambil masa..Jadi bolehlah gunakan cara hilangkan jeragat dengan cara moden..Boleh whatsapp saya untuk membantu anda.
Sekian sahaja dari saya untuk kali ini..eh,sebelum akhir saya nak selitkan juga petua hilangkan jeragat dari sahabat saya juga..Manalah tahu boleh diamalkan juga untuk bantu masalah jeragat dan kulit kita kan.. bye assalamualaikum.
Asmahani Burhan
Pengedar Sah Shaklee area Miri
#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
Ulasan
Catat Ulasan