Tips Treval-Persediaan Sebelum Travel.
Haiii,sebut pasal treval atau melancong pasti ramai yang suka dan teruja..Tempat tempat yang kita nak kunjungi tu kita tak pernah pergi sebelum ini..Jadi sebelum pergi melancong terutamanya ke luar negara,banyak perkara penting yang perlu dipersiapkan agar percutian berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah,bukan?
Mungkin pada pandangan kasar kita sudah menyelesaikan semua perkara-perkara penting tersebut.Namun bila hari untuk bercuti itu tiba,barulah kita perasan ada yang masih kurang.
Jadi dalam keseronokkan untuk pergi bercuti,pastikan anda tidak terlepas dari melakukan perkara-perkara ini sebelum berangkat meninggalkan rumah.
1-BUAT RESEARCH TEMPAT YANG INGIN DIKUNJUNGI.
Ini adalah langkah paling awal perlu dilakukan sebelum pergi bercuti kemana sahaja,pastikan anda buat serba sedikit carian mengenai negara yang anda ingin kunjungi.Selain bagi memastikan percutian berjalan lancar,ia juga penting agar anda tahu anda berada di tempat yang selamat.
Selain itu,langkah ini juga perlu dilakukan agar anda dapat mengenalpasti budaya mereka,bajet yang perlu ada serta peraturan-peraturan yang perlu diikuti sepanjang berada disana.
2-RANCANG HARI PERTAMA ANDA.
Untuk hari pertama percutian amatlah penting untuk anda. Ia boleh jadi penentu sama ada percutian itu akan berjalan dengan lancar mahupun tidak.Sila kenal pasti selol belok negara yang anda kunjungi supaya anda tidak tersesat.
Jangan lupa juga pada tempat penginapan anda,kemudahan awam yang ada,tempat menarik yang boleh dikunjungi dan jamual susun atur untuk dahulukan yang mana kemudiankan yang mana tempat untuk dilawatu tersebut.
3-RANCANG HARI TERAKHIR BERCUTI.
Dah rancang hari pertama? Jangan pula lupa untuk rancang hari akhir juga..
Pastikan anda tidak tertinggal penerbangan,Check out hotel hotel pada waktu yang ditetapkan dan pelbagai lagi.Tahu juga jarak diantara hotel dan lapangan terbang agar anda dapat mengagak waktu yang terbaik untuk sampai di lapangan terbang nanti.
Dalam pada itu,pastikan juga dokumen-dokumen penting turun dibawa terutamanya passport anda!!
4-TUKAR WANG
Sebelum pergi melancong,pastikan wang anda sudah mengcukupi.Jangan bergantung kepada kaedah pembayaran tanpa tunai semata-mata.Anda tetap perlukan wang tunai juga untuk hal-hal kecemasan sekiranya ia berlaku.
Pastilan juga kad bank anda boleh melakukan transaksi untuk luar negara.Aktifkan di bank jika anda belum ada.
5-MUAT TURUN APLIKASI PENTING.
Rata-rata kita sudah mempunya telefon pintar dah kan,jadi manfaatkan sebaik mungkin dengan memuat turun segala aplikasi penting yang boleh digunakan ketika melancong nanti.
Aplikasi-aplikasi tersebut berupata untuk membantu anda kelak.Contoh anda boleh muay turun hotel,tempat makan, dan sebagainya yang “relevant” dengan tempat tersebut.
6-SEMAK CUACA.
Jika anda melancong ke negara yang memiliki 4 musim,tentukan musim mana yang anda ingin pergi bercuti..Contohnya jika badan anda tidak tahan sejuk,boleh elakkan daripada bercuti pada musim sejuk,bukan apa risau takut nanti percutian anda jadi tidak menyeronokkan pula.
Cek juga suhu negara tersebut,ia bagi memastikan anda tahu pakian apa yang anda perlu dibawa dan dipakai nanti.Mungkin nampak remeh,tapi anda akan tahu kepentinganya nanti bagaimana.
7-DAPATKAN INSURANS PERJALANAN.
Ini juga antara perkara paling penting perlu anda lakukan sebelum anda pergi melancong,pastikan anda telah membeli satu plan insuran perjalanan buat diri anda.Ia sangat penting agar anda boleh dilindungi sekiranya berlaku perkara yang tidak dingini..(sediakan payung sebelum hujan)
Tak susah pun untuk mohon pelan perlindungan ini,ada juga yang boleh di buat secara atas talian..Bandingkan dahulu dengan 10 jenama insurans yang ada dan dapatkan satu pelan yang mengikut bajet serta keperluan anda..
Sekian sahaja 7 tips sebelum anda travel kemana sahaja.Ingin lebih banyak lagi tips kawan saya akan sharekan juga..Moga anda mendapat manfaat dari perkongsian kami.
FB:Asmahani Yusma
IG: Asmahani Yusma
#BlogMegaShaklee
#NextLevelBlogging
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeThrive2023
Tip yang sangat bermanfaat
BalasPadam