Keperluan Wanita Mengandung
1-PEMAKANAN SEIMBANG
-Penjagaan pemakanan ibu hamil sangat penting bagi menjamin kesihatan ibu dan bayi. Maka, ibu-ibu perlu mengambil semua kumpulan makanan secara seimbang, sederhana dan pelbagai mengikut keperluan harian masing-masing. Amalan pemakanan yang sihat ini dapat membantu ibu-ibu bagi mendapatkan kenaikan berat badan semasa hamil mengikut saranan yang ditetapkan.
![]() |
Makanan yang disarankan. |
Ibu hamil memerlukan kalori tambahan ketika hamil berbanding sebelum hamil. Ia boleh didapati dalam makanan harian anda.
Makanan yang bagus diambil ketika hamil :
1. Kekacang kerana mengandungi zat besi, protein dan serat
2. Ikan salmon yang kaya dengan asid lemak omega 3
3. Sayur berdaun hijau pula mengandungi vitamin C, vitamin A dan folat
4. Buah beri mengandungi kandungan air, karbohidrat sihat serta antioksidan
5. Produk tenusu bagi memenuhi keperluan protein dan kalsium
6. Daging tanpa lemak adalah sumber protein terbaik.
2-KEKALKAN AKTIVITI FIZIKAL.
Selain daripada amalan penjagaan pemakanan..Semasa hamil perlu juga bergerak aktif..Tapi aktif tu bukanlah bermaksud perlu bersukan yang extreme lasak-lasak..
![]() |
Kekal aktif dikala hamil. |
![]() |
Aktifkan diri anda. |
Ibu hamil perlu kekal bergerak aktif semasa hamil dan perlu melakukan senaman untuk mengekalkan tahap kesihatan semasa hamil dan mendapat manfaat yang baik selepas bersalin. Kelebihan senaman ketika hamil adalah dapat mengurangkan risiko berlebihan berat badan, melahirkan anak dengan lebih mudah dan membantu proses pemulihan selepas bersalin dengan lebih cepat.
Cara senaman ibu hamil adalah berbeza dengan wanita yang tidak hamil, maka ibu hamil perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada jurulatih atau pakar yang dipercayai untuk membantu anda.
![]() |
Yang disarankan oleh Kementerian kesihatan Malaysia |
3-KUNJUNGAN BERKALA BERJUMPA DOKTOR.
![]() |
Tepati temujanji yang di berikan oleh pihak klinik atau hospital. |
Pastikan anda menghadiri semua temujanji pranatal yang dijadualkan. Ini membolehkan doktor memantau perkembangan si bayi dan kesihatan anda. Jangan ragu untuk bertanya soalan dan berkongsi sebarang kebimbangan anda.
4-REHAT YANG CUKUP.
![]() |
Ketika hamil perlukan rehat yang cukup. |
Dalam tempoh mengandung, tubuh anda bekerja keras untuk menyokong perkembangan bayi. Pastikan anda memberi tubuh cukup rehat dengan tidur yang mencukupi. Posisi tidur yang selesa juga penting, terutama pada trimester akhir.
5-KURANGKAN STRES.
![]() |
Kurangkan stress. |
Amalan pernafasan mendalam, meditasi, dan senaman pernafasan boleh membantu mengurangkan tahap stres. Stres berlebihan bukan sahaja boleh memberi kesan pada anda, malah juga dapat mempengaruhi perkembangan bayi dalam kandungan.
Ingat, setiap ibu mengandung mempunyai pengalaman yang berbeza. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan atau masalah kesihatan, sentiasa berbincang dengan doktor anda untuk nasihat yang sesuai.
Dalam tempoh mengandung/hamil ini kita perlu jaga semuanya..terutamanya pemakanan kerana ia akan memberi lesan kepada badan kita serta kandungan kita juga..Ketika mengandung juga kita perlu bergerak aktif,buat kerja-kerja rumah yang selalu di buat,berjalan-jalan..cukupkan rehat dan kurangkan tekanan perasaan..Disini juga saya selitkan apa lagi yang ibu mengandung perlukan.
FB:Asmahani Yusma
IG:Asmahani Yusma
#Blogmegashaklee
#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
Ulasan
Catat Ulasan